fbpx

Bekas doktor didenda RM5,000 simpan gambar lucah teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar lucah teman lelakinya bersama bekas kekasih.

Tertuduh, D Janusiya Devi, 38, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Hakim turut menetapkan hukuman tiga bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dua keping gambar lucah seorang lelaki bersama mangsa perempuan lain berusia 40 tahun dalam telefon bimbit miliknya.

Kesalahan itu dilakukan pada 16 November lalu , kira-kira pukul 10 pagi di pejabat Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI