fbpx

Banjir musim tengkujuh: Satu lagi PPS dibuka di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk mula berpindah dari rumah mereka yang mula ditenggelami banjir di Perumahan Rumah Mampu Milik Telok Kalong, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka secara rasmi di daerah ini iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Labohan, Kerteh di sini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, seramai 11 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS tersebut.

“Satu lagi PPS iaitu Balai Raya Kampung Meraga Beris pula mempunyai 12 mangsa daripada dua keluarga.

“Secara keseluruhan 23 mangsa daripada empat keluarga berada di dua PPS yang setakat ini dibuka di daerah ini,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, hujan masih turun hampir di seluruh negeri ini dengan mangsa banjir dijangka akan terus meningkat.

Kemaman mula dilanda banjir pada pukul 2.30 petang tadi berikutan hujan lebat berlarutan selama lebih 14 jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI