PETALING JAYA – Ketua jurulatih Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers), Wan Mustafa Wan Ismail menarik nafas lega apabila pasukan apabila semua pemain sudah bersetuju untuk bersaing pada pusingan 16 terbaik Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) esok.
Menurut Wan Mustafa, harapan tinggi diletakkan kepada pemain agar tidak menjadi mangsa belasahan meskipun kedua-dua perlawanan timbal balik akan dilangsungkan di gelanggang keramat JDT, Stadium Sultan Iskandar.
“Pasukan sudah pun tiba di Johor hari ini dan saya bangga apabila pemain bersetuju untuk datang ke sini untuk mengharungi kedua-dua perlawanan nanti.
“Kami juga berterima aksih kepada pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim kerana menyediakan venue perlawanan sekali gus mengurangkan bebas pasukan,” katanya kepada Kosmo!. – KOSMO! ONLINE