fbpx

Arif Aiman, Tommy digantung perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arif Aiman (kanan) bakal terlepas aksi Piala Malaysia menentang KL Rovers esok. - Foto ihsan Perak FC

TINDAKAN luar jangka yang dilakukan oleh bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi ketika menentang Perak FC pada awal bulan ini mengundang padah apabila digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Selain Arif, tonggak The Bos Gaurus, Tommy Mawat Bada turut dikenakan hukuman yang sama oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas kedua-dua pemain bergaduh pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, 10 November lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu turut mengesahkan kedua-dua pemain itu diberikan amaran keras jika mengulangi kesalahan sama selain hukuman yang diberikan masih boleh dirayu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Baljit menjelaskan Arif Aiman dan Tommy didapati melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan fairplay.

“Arif Aiman menumbuk di bahagian muka sebelah kiri Tommy pada perlawanan terbabit dan digantung tiga perlawanan membabitkan dua aksi pusingan 16 Piala Malaysia berdepan KL Rovers dan satu aksi Liga Super menentang KL City.

“Tommy pula menanduk kepala dan seterusnya mencengkam leher sebelah kiri Arif pada perlawanan itu dan digantung tiga perlawanan membabitkan dua aksi pusingan 16 Piala Malaysia menentang Kelantan Darul Naim FC dan satu aksi Liga Super berdepan Kedah Darul Aman FC,” katanya.

Sebagai rekod, peminat bola sepak negara sebelum ini mengkritik pengadil, Razlan Joffri Ali yang gagal mengawal perlawanan dengan baik selain hanya melayangkan kad kuning kepada Arif dan Tommy pada insiden minit ke-83 itu. 

Susulan itu, FAM turut mengambil keputusan untuk merehatkan Razlan dan pengadil video bantuan pengadil (VAR) yang mengendalikan aksi tersebut serta-merta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN