fbpx

Penganjuran MIHAS@Dubai satu pencapaian besar negara – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara produk tempatan dan pengunjung yang mengunjungi MIHAS@Dubai hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap pameran MIHAS@Dubai yang masih berbaki dua hari akan terus berlangsung dengan lancar, serta pengusaha tempatan yang terlibat dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan halal mereka dapat mengembangkan potensi perniagaan dengan sewajarnya.

Jelas Ahmad Zahid dalam satu kenyataan di Facebook berkata, penganjuran MIHAS@Dubai yang telah membuka tirainya semalam merupakan satu lagi pencapaian besar dan sangat membanggakan buat Malaysia.

“Alhamdulillah, penganjuran ini bukan sahaja membantu produk dan perkhidmatan halal negara menembusi pentas global, tetapi turut memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat rujukan utama dalam industri halal dunia.

“Sudah pasti usaha ini dipacu oleh usaha keras dan komitmen yang tinggi terutamannya dari seluruh pasukan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) di bawah pimpinan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi MATRADE dan Datuk Mustafa Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE,” jelasnya hari ini.

Beliau juga amat menghargai sumbangan MATRADE yang begitu konsisten dalam mengangkat potensi halal negara dengan merealisasikan MIHAS@Dubai, sebagai satu platform strategik yang menjadi titik temu antara produk-produk halal Malaysia.

“Pameran ini juga membuatkan pembeli global sekali gus mencipta laluan baharu dan meningkatkan daya saing produk dan perkhidmatan halal Malaysia di peringkat global,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI