fbpx

‘Saya hanya mampu beri nasi kosong jika tiada wang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimatul bersama tiga daripada empat anaknya ketika ditemui di rumah mereka di Kuala Kangsar baru-baru ini.

KUALA KANGSAR – Seorang wanita di Kampung Seri Wangi, Simpang Lawin di sini terpaksa memberikan empat anaknya makan nasi kosong untuk me­ngalas perut tatkala dia dan suami yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah kehabisan wang.

Halimatul Saadiah, 30, berkata, kehidupan mereka sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami sebanyak RM1,500 sebulan.

Malah katanya, wang itu juga digunakan untuk kos perubatan anak bongsu berusia dua tahun yang mengalami masalah penglihatan.

“Kesempitan duit memberi kesan kepada anak-anak kerana kerap makan nasi putih kosong untuk mengisi perut.

“Lebih menyedihkan dua anak berumur tujuh dan sembilan tahun kadangkala berkongsi makanan yang diperoleh dari Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah kerana hanya salah seorang mendapat bantuan tersebut.

“Kalau adik terlalu lapar, abang biarkan dia makan. Abang akan makan bila pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Halimatul berkata, dia pernah meminta bantuan beras kerana anaknya kelaparan akibat kehabisan wang di sebuah agensi kerajaan.

“Waktu itu saya sangat ter­desak. Sebelum itu, kami telah menjual kereta yang merupakan satu-satunya pengangkutan untuk menanggung kos rawatan anak.

“Kami hanya mahu memohon beras, bukan wang ringgit,” ujarnya.

Saadiah berkata, dia sentiasa berusaha menambahkan pendapatan keluarga dengan be­kerja secara sambilan di kedai runcit setelah suaminya pulang dan mengambil giliran menjaga anak-anaknya.

Orang ramai boleh me­nyumbang menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0823-3290-0008-4405 (Halimatul) atau meng­hubunginya di talian 016-350 6985/016-437 1925.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI