fbpx

Ibu maut, anak parah digilis kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu maut manakala anak lelaki berusia 11 tahun parah ekoran digilis kereta api sewaktu cuba melintas landasan berhampiran Kampung Petagas, Putatan tengah hari tadi.

PUTATAN – Ibu maut manakala anak lelakinya yang berusia 11 tahun parah akibat digilis kereta api sewaktu cuba melintas landasan berhampiran Kampung Petagas tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa maut ialah Lena Gabin, 41, manakala anak keduanya putus kaki kanan, cedera di tangan dan kepala.

Kejadian difahamkan berlaku sewaktu kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas ke rumah mereka di Kampung Muhibbah, Petagas yang terletak di seberang landasan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton mengesahkan kejadian berkenaan dan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Penolong Penguasa Bomba, Noorsherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.58 tengah hari.

“Laporan kejadian melibatkan dua mangsa iaitu seorang wanita dan anaknya yang dirempuh kereta api ketika sedang melintas di landasan kereta api yang sedang menuju ke Kota Kinabalu dari Beaufort.

“Wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya parah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI