fbpx

F1: Sainz kecewa jika Ferrari menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ bakal menyertai Williams musim depan selepas Ferrari memutuskan untuk membawa masuk Hamilton. - AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Carlos Sainz mengakui dia akan rasa sangat kecewa jika Ferrari akan meraih gelaran dunia kategori pemandu selepas dia meninggalkan pasukan Itali tersebut pada akhir musim 2024 ini.

Perasaan itu timbul ekoran keputusan Ferrari membawa masuk Lewis Hamilton untuk mengambil alih tempatnya pada musim depan, sekali gus memberi peluang kepada juara dunia tujuh kali itu untuk mengejar gelaran dunia buat kali kelapan.

Sainz yang menyertai Ferrari pada 2021, telah memberikan banyak sumbangan dalam pembangunan pasukan serta memainkan peranan penting membawa pasukan itu untuk kembali ke puncak perlumbaan Formula Satu (F1).

“Apabila saya tiba di Ferrari, matlamat utama saya adalah untuk memenangi kejuaraan dan kami mungkin berjaya dalam mendapatkan gelaran dalam kategori pengeluar (constructors) tahun ini

“Saya rasa saya mempunyai sedikit pengaruh terutama membantu pasukan menjadi lebih kompetitif dalam perebutan kejuaraan, tetapi saya tidak berada di sini tahun depan.

“Sudah pasti, ia akan lebih menyakitkan jika tahun depan mereka (Ferrari) berjuang untuk merebut gelaran dunia,” kata Sainz yang menyertai pasukan Williams tahun depan.

Walaupun Sainz komited untuk melakukan terbaik bersama pasukan Williams, dia tidak menutup kemungkinan untuk kembali ke Ferrari pada masa hadapan.

“Saya percaya bahawa anda tidak boleh kata ‘tidak’ untuk selamanya. Saya cuba meninggalkan hubungan yang baik dengan semua orang.

Untuk tahun-tahun akan datang, Ferrari bukan pilihan saya kerana saya bersama Williams, tetapi siapa tahu dalam empat, enam atau sepuluh tahun lagi?,” tambah Sainz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI