fbpx

Adegan ranjang Luna Maya ‘dikawal rapi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUNA MAYA

CUKUP berani melakukan adegan panas, Luna Maya yang menjadi sebutan berikutan lakonan dalam siri Main Api bersama aktor Darius Sinathrya menegaskan semua babak intim dilakukan atas dasar profesional.

Mereka dibantu jurulatih yang mengawasi setiap latihan sebagai persediaan agar ketika berada di depan kamera masing-masing tidak
canggung.

Sesi berkenaan juga dikawal ketat, begitu juga ketika penggambaran apabila hanya ada beberapa individu sahaja dalam set.
Mereka terdiri daripada sutradara Rizal Mantovani dan jurulatih intimasi, Putri Ayudya bagi memastikan proses penggambaran lancar serta tidak berdepan gangguan.

“Adanya ‘intimacy coach’ itulah yang membuatkan penggambaran mudah kerana tekniknya sudah kami pelajari sampai tidak berasa canggung. Rizal juga ada koreografi,” katanya.

Akui Luna, bekerja dengan Darius merupakan pengalaman istimewa malah mereka menetapkan rasa hormat dan percaya dalam menyempurnakan tugasan.

Difahamkan, kad perakam data yang memuatkan babak panas disimpan individu utama dalam produksi supaya tidak bocor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI