fbpx

Prestasi positif Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya membuka tirai jaringan menerusi Josue sebelum India menyamakan kedudukan untuk perlawanan berakhir dengan keputusan seri. - FB FAM

KETUA jurulatih skuad negara, Pau Marti Vicente enggan mendabik dada selepas menyaksikan Harimau Malaya dapat mengikat pasukan ranking ke-125 dunia, India dengan keputusan 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Gachibowli, Hyderabad itu, skuad Harimau Malaya berjaya mendahului menerusi ledakan penyerang naturalisasi, Paulo Josue sebelum tuan rumah bangkit hasil tandukan Rahul Bheke.

Menurut Vicente, keputusan tersebut menjadi suntikan motivasi sebelum pasukan mengharungi ujian penting menjelang kejohanan berpresti rantau Asia Tenggara, Piala ASEAN 2024 yang akan bermula pada Disember depan.

“Saya rasa kita telah mengharungi perlawanan yang agak sengit terutama pada babak pertama dengan barisan pemain dilihat agak bergelut untuk memberi saingan kompetitif.

“Namun, barisan pemain dilihat semakin tenang pada separuh masa kedua dan dapat memberi tentangan yang diharapkan, tetapi kita terlepas beberapa peluang yang baik di hujung perlawanan.

“Secara keseluruhan, seri adalah keputusan yang positif kerana bukan mudah untuk menentang pasukan seperti India dan mungkin nasib kita (untuk menang) akan lebih baik pada aksi akan datang,” katanya.

Sebagai rekod, Pau Marti melakukan tujuh pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding ketika menewaskan Laos pada aksi persahabatan pertama di Bangkok, Khamis lepas.

Selepas ini, skuad negara akan fokus pada kempen Piala ASEAN 2024 selepas diletakkan Kumpulan A dan bakal menentang Kemboja pada 8 Disember, Timor-Leste (11 Disember), Thailand (14 Disember) dan Singapura (20 Disember).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI