fbpx

Sultan Nazrin terima zakat perniagaan bernilai lebih RM13 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (kanan) menerima zakat perniagaan dari 10 syarikat korporat di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM13,705,979.48 daripada 10 syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, penyerahan zakat perniagaan didahului Bank Islam Malaysia Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Azizan Abd. Aziz dengan jumlah RM416,000.00.

Katanya, ia disusuli Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Syariah BPMB, Prof. Dr. Salina Kassim dengan zakat perniagaan berjumlah RM580,310.00.

“Ia diikuti Bank Rakyat diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarah, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin Tunku Seri Adnan sebanyak RM1,023,752. Kemudian, Bank Muamalat Malaysia Berhad diwakili oleh Ketua Operasi Perbankan, Muhamad Radzuan Ab. Rahman dengan jumlah RM479,802.13.

“Sementara itu, Etiqa General Takaful Berhad & Etiqa Family Takaful Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Shahrul Azuan bin Mohamed berjumlah RM1.4 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seterusnya, Syamsul Hazeman berkata, Maybank Islamic Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muzaffar Hisham menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM857,129.95.

Berikutnya, ujar beliau, ialah Plus Malaysia Berhad diwakili oleh Pengarah Urusan, Datuk Nik Airina Nik Jaffar dengan jumlah RM2 juta.

“Selain itu Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nor Azman Zainal berjumlah RM500,000 manakala Takaful Ikhlas General Berhad diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin (RM122,985.40).

“Majlis penyerahan zakat diakhiri Tenaga Nasional Berhad (TNB) diwakili oleh Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn. Bhd., Lt. Kol. Datuk Muhamad Nazri Pazil dengan jumlah RM6,326,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI