PETALING JAYA – Penyanyi Ayda Jebat meluahkan rasa terharu apabila suaminya mengimamkan solat mereka berdua ketika berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.
Menerusi InstaStory yang dimuat naik Ayda dalam Instagram miliknya, jelas memaparkan suaminya, Nabil Mahir selesai mengimamkan solat jemaah mereka berdua.
“Saya sungguh bertuah memiliki kamu dalam hidup saya,” tulis Ayda dalam video berdurasi lima saat tersebut.
Terdahulu, majlis resepsi perkahwinan sebelah pihak lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari lalu di Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari.
Sebelum ini, dengan hanya sekali lafaz pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan pada pukul 3.28 petang di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 1 Januari lalu. -K! ONLINE