fbpx

Pemuzik jalanan tak mengaku ajar solat tiada dalam syariat al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norasid ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini.

SEREMBAN – Seorang pemuzik jalanan yang juga pengikut Millah Abraham didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas pertuduhan baharu iaitu mengajar ajaran salah dengan menyatakan solat tidak ada syariat dalam al-Quran.

Tertuduh, Norasid Md. Said, 50, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah mengajar ajaran salah yang berlawanan dengan hukum syarak kepada ahli keluarganya iaitu seorang wanita berusia 42 tahun dengan menyatakan ‘Solat ini tidak ada syariat dalam al-Quran selain konspirasi bangsa Arab’.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah beralamat di Gemas, Tampin pada 24 April 2023. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM2,000.

Norasid pada 6 Ogos lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengajar ajaran berlawanan dengan hukum syarak berkaitan ayat al-Quran kepada wanita sama pada April tahun lalu.

Pada 11 Julai lalu juga, tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan sama dengan menyatakan kepada seorang wanita berusia 51 tahun iaitu isterinya ‘Solat itu syirik kerana kita melakukan perbuatan sujud seperti menyembah sesuatu objek’.

Kesalahan itu dilakukan di Gemas pada Jun dan Ogos 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI