fbpx

Pulau Pinang bina rumah pam, tangki sedut air Pulau Silikon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kanan) menunjukkan cadangan projek rumah pam dan tangki sedutan air yang bakal dibina di Permatang Damar Laut.

GEORGE TOWN – Rumah pam dan tangki sedutan air khusus untuk kegunaan pembinaan Pulau Silikon bakal dibina di tapak baharu dekat kawasan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) Permatang Damar Laut, Batu Maung.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti maklum balas penduduk dan pihak berkepentingan.

“Tanah kerajaan negeri seluas 6,890 meter persegi akan digunakan untuk pembinaan rumah pam dan tangki sedutan air yang dijangka bermula pada suku tahun kedua 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2027,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.

Menurut Mohamad, keputusan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri mengutamakan kebajikan rakyat selaras dengan prinsip pembangunan mampan melalui visi Penang2030.

Tambahnya, selain itu, kerajaan negeri juga menyediakan tanah dengan keluasan yang sama untuk dinaik taraf menjadi Medan Selera Matang yang baharu.

“Medan Selera Matang bernilai RM8 juta ini dijangka menjadi destinasi tumpuan dengan reka bentuk moden selaras dengan pembangunan Pulau Silicon,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, adalah penting untuk ditegaskan bahawa pengambilan tanah hanya melibatkan tanah rizab kerajaan, tanpa melibatkan tanah milik individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI