fbpx

Malaysia negara pertama guna AI di kilang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (tengah) melawat kilang memproses sawit, Minsawi Industries (Kuala Kangsar) Sdn. Bhd., yang menggunakan AI di Kuala Kangsar hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

KUALA KANGSAR – Sebuah kilang sawit di sini mencipta rekod tersendiri apabila menjadi yang pertama di dunia yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menerusi teknologi tersebut, beberapa kemajuan yang dapat dicapai ialah meningkatkan kadar pengekstrakan minyak sawit, mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga manusia, menjimatkan penggunaan tenaga serta sistem pemantauan operasi.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memuji kilang Minsawi Industries yang menerapkan AI dan dilihat mampu meningkatkan produktiviti sawit.

“Saya menyokong teknologi ini. Setiap tiga bulan saya akan memantau, apakah kesannya tetapi, apa yang telah dimaklumkan kepada saya, ia boleh menjimatkan banyak kos termasuk kegunaan tenaga manusia terutama pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang itu di sini hari ini.

Beliau berkata, penggunaan AI juga boleh menarik rakyat tempatan untuk terlibat dalam industri sawit dengan penawaran kerja yang berkemahiran tinggi.

Katanya, jika kesemua 446 kilang sawit di seluruh negara menggunakan teknologi itu, ia dapat mengurangkan kebergantungan kira-kira 8,000 pekerja asing terutama di kilang sawit.

Menteri itu berkata, beliau dimaklumkan pelaburan untuk menggunakan AI tersebut adalah kira-kira RM5 juta dengan jangkaan penjimatan RM2.6 juta setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI