fbpx

‘Paling sedih dalam hidup, tak mampu miliki zuriat sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHELLE YEOH

Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh menzahirkan rasa sedih apabila tidak mampu untuk hamil dan memiliki cahaya mata sendiri.

Memetik laporan The Sunday Times, Yeoh mula menyedari dirinya tidak mampu hamil selepas mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Dickson Poon selama lima tahun pada 1988 hingga 1992.

“Mungkin ini perkara paling menyedihkan dalam hidup saya, tidak mampu memiliki anak sendiri.

“Namun saya tidak hidup dalam penyesalan walaupun sudah memberi 110 peratus usaha untuk hamil kerana memiliki enam anak angkat termasuk anak saudara yang ramai.

“Saya sudah lakukan semua yang termampu dan walaupun adakalanya tidak mencapai yang diinginkan, kita perlu tetap menerimanya,” katanya.

Dalam masa sama, Yeoh mengakui isu zuriat merupakan antara penyebab rumah tangganya dengan Poon tidak kekal.

“Dalam hidup, tidak selamanya kita akan saling berpegangan tangan dan perlu belajar untuk melepaskan untuk terus bergerak ke hadapan.

“Kami melakukan semua yang diperlukan untuk memiliki anak. Malangnya, saya tidak mampu.

“Bekas suami mahukan keluarga besar, bukan seorang anak lelaki tetapi dua atau tiga orang sebagai pewaris,” katanya lagi.

Tetap positif, dia bagaimanapun turut mempersoal kemampuannya sekiranya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan dalam masa sama bekerja sebagai aktres.

“Saya tidak tahu bagaimana wanita yang dalam profesion sama seperti saya berbadan dua, memiliki anak dan kembali bekerja.

“Saya tidak mampu buat banyak perkara dalam satu masa,” kongsi pelakon filem Wicked itu.

Terdahulu, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 itu mengikat tali perkahwinan bersama pilihan hatinya, Jean Todt, 77, selepas 19 tahun bertunang pada Julai 2004. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI