PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri petang ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 5 petang itu melibatkan Hulu Perak di Perak serta Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.
Selain itu, di Pahang turut berdepan cuaca buruk pada petang ini di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong, manakala di Sarawak pula melibatkan Sibu (Kanowit dan Selangau), Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).
“Cuaca buruk juga melanda Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau), Sandakan dan Kudat (Pitas dan Kudat) di Sabah,” katanya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. -KOSMO! ONLINE