fbpx

Penjawat awam wanita Terengganu mahu lebih ramai pemandu sejantina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (kanan) sewaktu berbahas pada persidangan DUN Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu disaran agar melantik lebih ramai wanita sebagai pemandu demi keselesaan dan kebajikan penjawat awam wanita.

Zuraida Md. Noor (Pas – Ladang) berkata, beliau banyak mendapat maklum balas daripada penjawat awam wanita negeri tersebut yang mengadu kurang selesa menggunakan kenderaan agensi kerajaan untuk tugasan rasmi bersama pemandu lelaki.

“Kadangkala pegawai wanita (kerajaan negeri Terengganu) terpaksa melakukan perjalanan jauh untuk mesyuarat dan program rasmi dan mereka menyatakan kurang selesa bermusafir hanya berdua dengan pemandu lelaki.

“Saya harap perkara ini diberi perhatian kerajaan negeri agar penjawat awam wanita dapat menggunakan kenderaan kerajaan atas urusan rasmi dengan lebih selesa sebagai pekerja, ibu dan juga muslimah,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-15.

Zuraida berkata, beliau difahamkan setakat ini hanya seorang pemandu wanita dilantik kerajaan negeri melalui Urus Setia Wanita Terengganu yang sudah berkhidmat sejak tahun 2020.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan prospek penjawatan pemandu wanita diperluaskan di setiap agensi kerajaan Terengganu pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI