PETALING JAYA – Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi membendung gejala wabak Covid-19 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bukan bentuk rampasan kuasa.
Menurut Perdana Menteri, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan.
“Kerajaan awam akan terus berfungsi,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas darurat secara langsung hari ini. – K! ONLINE