fbpx

Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri, rayuan saman Najib-Tommy ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib dan Thommy.

PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Tun Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan salah guna jawatan awam.

Rayuan mengembalikan saman itu selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 November 2022 membatalkan saman Najib terhadap Tommy.

Dalam prosiding hari ini, Hakim Faizah yang merupakan salah seorang daripada panel tiga hakim berkata beliau berhasrat untuk menarik diri daripada mendengar rayuan itu atas alasan suaminya pernah bertugas di sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semasa prosiding, Hakim Faizah memaklumkan bahawa suaminya baru bersara daripada syarikat terbabit tahun lalu.

Dua lagi panel hakim lain yang sepatutnya mendengar rayuan Najib hari ini ialah Datuk Hashim Hamzah yang merupakan ketua panel dan Datuk Azmi Ariffin.

Justeru Mahkamah Rayuan kemudian menetapkan 3 Disember ini bagi pengurusan kes seterusnya kes saman rayuan itu.

Untuk rekod, Hakim Faizah merupakan Hakim Mahkamah Rayuan kedua yang menarik diri daripada mendengar rayuan itu apabila sebelum ini Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azizah Nawawi melakukan tindakan sama pada Oktober tahun lalu.

Hakim Azizah yang ketika itu mempengerusikan panel tiga hakim beliau menarik diri daripada mendengar rayuan itu atas alasan suaminya pernah berkhidmat di bawah Tommy selain kerana kes berkenaan selain melibatkan kepentingan awam.

Terdahulu peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Najib mengemukakan permohonan lisan agar Hakim Faizah menarik diri daripada mendengar rayuan tersebut.

Menurut peguam itu, suami hakim berkenaan pernah berkhidmat dengan syarikat yang terlibat dengan pemulihan aset dan pengurusan hutang 1MDB.

Sementara itu, peguam Alan Adrian Gomez yang mewakili Tommy berkata, meskipun beliau tidak nampak apa kaitan isu pemulihan aset dengan kes saman terhadap anak guam, pihaknya tidak membantah permohonan itu demi keadilan.

Dalam samannya, Najib mendakwa beliau telah dituduh melakukan rasuah dalam skandal 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Thomas adalah Peguam Negara dari 4 Jun 2018 hingga 28 Februari 2020.

Berdasarkan saman yang difailkan pada 22 Oktober 2021, Najib berkata pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang telah dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Beliau memohon pengisytiharan bahawa Thomas telah melakukan penyelewengan dalam jawatan awam serta menuntut ganti rugi sebanyak RM1.9 juta, termasuk yuran rundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta bagi menangani pendakwaan terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI