fbpx

Pelajar maut jatuh bangunan sekolah tinggal nota tertekan belajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang ketika di lokasi pelajar perempuan maut terjatuh bangunan sekolah di Jelutong, malam tadi.

GEORGE TOWN – Pelajar perempuan tingkatan dua yang ditemui maut selepas terjatuh dari koridor tingkat lapan sebuah sekolah menengah di Jelutong di sini semalam disyaki meninggalkan nota di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan di tingkat lapan bangunan berkenaan telah menemui nota yang ditinggalkan mangsa sebelum mayatnya ditemui di pekarangan bawah.

Menurutnya, tiada sebarang unsur jenayah berlaku dalam kejadian itu dan proses bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Kita ada jumpa nota atas bangunan itu (lokasi mangsa terjatuh). Dia mengalami tekanan belajar. Bedah siasat ke atas mayat pelajar itu kini sedang dijalankan,” katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi.

Terdahulu, media melaporkan kematian seorang pelajar perempuan dipercayai terjatuh dari koridor bangunan tingkat lapan sebuah sekolah sekolah menengah di Jelutong, semalam.

Pihak polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang mengenai kes kematian seorang pelajar terbabit, kira-kira pukul 5.57 petang semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI