fbpx

Pengurus syarikat keselamatan didakwa tipu tuntutan jam kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diirngi pegawai SPRM ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka. FOTO MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Seorang pengurus syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi tujuan tuntutan bayaran jam bekerja pengawal keselamatan, lima tahun lalu.

Tertuduh, Zainal Abidin Za’abah, 55, mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai pengurus syarikat keselamatan didakwa tidak jujur menggunakan sebagai tulen satu dokumen yang diketahui palsu iaitu laporan pengesahan pelaksanaan kunci jam perakam masa perkhidmatan kawalan keselamatan di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Zon Alor Gajah.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah, Jalan Kolam Air dalam daerah Alor Gajah antara 1 Mei dan 15 September 2019.

Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Nur Athirah Zainudin mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sekali setiap bulan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan 13 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI