fbpx

Ajal pemuda maut digilis MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut.

KUALA SELANGOR – Seorang pemuda maut selepas digilis sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 36 Jalan Klang – Teluk Intan di sini, semalam.

Mangsa berusia 21 tahun meninggal dunia di lokasi tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y16 pada awalnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta.

Katanya, penunggang itu kemudian terjatuh memasuki laluan kiri arah sama lalu dilanggar sebuah MPV yang gagal mengelak.

“Mangsa digilis dan berada di bawah MPV tersebut manakala sebuah kereta yang turut terlibat dalam kejadian tersebut belum dapat dikenal pasti.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat,” katanya hari ini.

Tambah Azaharudin, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI