fbpx

Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor sehingga Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk membabitkan Terengganu, Pahang serta Johor sehingga Sabtu ini.

Ia melibatkan beberapa kawasan di Pahang antaranya Kuantan, Pekan, dan Rompin serta Segamat, Kluang, Mersing, dan Kota Tinggi di Johor.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, dan Pasir Puteh, serta di Pahang untuk kawasan Jerantut, Temerloh, Maran, dan Bera sehingga 23 November ini.

Amaran waspada juga dikeluarkan bagi Melaka dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Jempol, dan Tampin, selain di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, dan Johor Bahru sehingga 20 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI