fbpx

Lelaki serang pegawai penyiasat di balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choo-ai menyerang Leftenan Kolonel Polis Akkaraphon Wilai di Balai Polis Tha Chatchai. - Amarin TV

BANGKOK – Seorang lelaki ditahan selepas menyerang seorang pegawai  polis di balai dan melanggar keretanya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Choo-ai Phongthin, 48, menceroboh Balai Polis Tha Chatchai, Phuket pada pukul 2.50 pagi (waktu tempatan) semalam.

Dia terus menuju ke pejabat pegawai penyiasat, Leftenan Kolonel Polis Akkaraphon Wilai lalu menyerang mangsa menggunakan pisau.

Selepas bergelut selama beberapa minit, Choo-ai melarikan diri ke wilayah Phang Nga.

Pegawai polis tersebut pula dibawa ke hospital kerana cedera pada dahi dan lengan.

Selepas siasatan, suspek kemudian dikesan menerima rawatan di Hospital Phang Nga.

Dia diberkas dan dibawa kembali ke Phuket untuk disoal siasat.

Motif di sebalik serangan itu dipercayai disebabkan rasa dendam kerana suspek pernah ditangkap atas kesalahan merosakkan harta benda orang lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI