fbpx

O.K. Lim dihukum penjara hampir 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIM OON KUIN tiba untuk mendengar hukuman di Mahkamah Singapura hari ini. – AFP

SINGAPURA – Pengasas sebuah syarikat perdagangan minyak yang gagal dihukum penjara hampir 18 tahun kerana menipu gergasi perbankan, HSBC berjuta-juta dolar dalam kes penipuan antara yang paling serius di Singapura.

Lim Oon Kuin, 82, yang lebih dikenali sebagai O.K. Lim,  didapati bersalah pada Mei lalu dalam kes yang mencemarkan reputasi Singapura sebagai hab perdagangan minyak utama Asia.

Syarikat miliknya, Hin Leong Trading merupakan antara syarikat perdagangan minyak terbesar sebelum runtuh secara dramatik dalam tahun 2020.

Menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan enam bulan, Hakim Mahkamah Singapura, Toh Han Li berkata, beliau bersetuju dengan pihak pendakwa raya bahawa kesalahan tertuduh berpotensi menjejaskan keyakinan terhadap industri perdagangan minyak Singapura.

Lim bagaimanapun masih bebas dengan ikat jamin, manakala pasukan peguamnya berkata, mereka akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

Pihak pendakwa raya sebelum ini meminta hukuman penjara 20 tahun terhadap tertuduh.

Ahli perniagaan itu berdepan  130 dakwaan jenayah melibatkan ratusan juta dolar tetapi pasukan pendakwa raya hanya mengemukakan tiga pertuduhan dengan dua daripadanya menipu HSBC dan satu lagi jenayah kerana meminta eksekutif Hin Leong memalsukan dokumen.

Menurut pendakwa raya, tertuduh menipu HSBC untuk memberikan pinjaman  hampir SG$112 juta(RM373 juta) dengan menyatakan bahawa syarikatnya menandatangani  kontrak jualan minyak dengan dua buah syarikat lain.

Kontrak tersebut bagaimanapun tidak wujud sama sekali.

Lim menubuhkan syarikat Hin Leong menggunakan cuma sebuah lori penghantaran tidak lama sebelum Singapura mendapat kemerdekaan dalam tahun 1965.

Syarikat itu kemudian berkembang menjadi pembekal utama bahan api kapal-kapal dagang dan memiliki lebih 150 buah kapal.

Namun, ia runtuh pada 2020 apabila pandemik Covid-19 menjejaskan pasaran minyak dunia, menyebabkan Hin Leong mengalami masalah kewangan serius. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI