GARA-GARA memarahi sekumpulan jurugambar yang memasuki kuil dengan berkasut, nama Kajol kembali ‘naik’ sebagai selebriti sombong.
Menyedari tindakannya itu mengundang perasaan kurang senang segelintir pihak, aktres berusia 50 tahun itu tampil menjelaskan keadaan.
Kajol mengakui dia dianggap mudah beremosi dalam sesuatu situasi, namun katanya sebagai manusia biasa perkara tersebut adalah normal.
“Mungkin orang nampak saya kasar, biadab dan beremosi tetapi artis juga manusia biasa yang berdepan keadaan sukar.
“Dalam sesuatu keadaan saya menangani masalah dengan cara yang berbeza iaitu mengeluarkan kata-kata pedas.
“Cuma saya tidak akan mengubah tindak balas saya ketika peristiwa yang berlaku baru-baru ini hanya kerana mengikut cakap orang,” katanya bintang filem Kuch Kuch Hota Hai itu.