MIRI – Seorang pemotong rumput ditahan selepas disyaki meletakkan dua bungkusan menyerupai bahan letupan di sebuah masjid di Senadin, di sini.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditangkap susulan laporan yang diterima pihaknya mengenai penemuan bungkusan itu pada pukul 1 tengah hari, semalam.
“Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri melakukan pemeriksaan di tempat kejadian. Hasil siasatan, kita mengesahkan bahawa bungkusan itu bukannya bahan letupan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Alexson berkata kes disiasat di bawah Seksyen Kanun 298/506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE