fbpx

MotoGP: Ducati tidak rasai kekesalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO gagal mempertahankan kejuaraan dunia yang dimenangi sejak dua musim lalu apabila kekurangan 10 mata berbanding Martin yang merangkul kejuaraan. - AFP

BARCELONA – Pasukan Ducati terpaksa membuat keputusan yang cukup sukar apabila kehilangan juara dunia MotoGP 2024, Jorge Martin dalam barisan pelumbanya musim 2025.

Martin yang baru sahaja memenangi kejuaraan dunia bersama pasukan Pramac akan memakai plat nombor satu pada jenteranya baharunya musim depan bersama pasukan Aprilia.

Pengurus Ducati, Davide Tardozzi mendedahkan pasukan terpaksa membuat keputusan sukar mengenai barisan pelumba MotoGP 2025 yang kini mengakibatkan mereka kehilangan juara dunia baharu.

Martin sebelum ini dijangka menyertai pasukan kilang Ducati bersama Bagnaia pada 2025, tetapi pasukan Itali itu membuat keputusan mengejut untuk mempromosikan Marc Marquez.

Keputusan tersebut turut mencetuskan kesan besar apabila Pramac memilih menyertai Yamaha, Enea Bastianini ke KTM, manakala Martin dan Marco Bezzecchi menyertai Aprilia.

“Anda tahu, Ducati tahun ini memiliki empat pelumba terbaik kerana pelumba pertama, kedua, ketiga dan keempat dalam saingan kejuaraan adalah pelumba kami.

“Malangnya, kami terpaksa membuat beberapa keputusan yang sangat sukar dari segi emosi. Akhirnya, keputusan itu diambil dan malangnya Martin dan Enea terpaksa meninggalkan Ducati kerana mereka lebih suka memiliki jentera kilang lain.

“Keputusan tersebut juga mengakibatkan Pramac berpindah ke Yamaha dan Jorge (Martin) ke Aprilia. Tetapi, saya percaya Ducati tetap akan kuat tahun depan dan kami perlu membuktikan kepada peminat bahawa keputusan ini adalah yang terbaik,” katanya.

Walaupun Francesco ‘Pecco’ Bagnaia gagal mempertahankan gelaran dunia, Tardozzi tetap menganggap Ducati adalah pemenang sebenar untuk musim ini.

“Martin adalah pelumba Ducati. Pramac mendapat sokongan penuh daripada Ducati dengan jentera kilang dan tujuh staf Ducati yang bekerja di sana. Jadi, saya rasa pada akhirnya, pemenang sebenar kejuaraan ini adalah Ducati Factory,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI