fbpx

EPL: Kelleher wajar ‘ajar’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELLEHER bakal meninggalkan Liverpool untuk mendapat lebih banyak peluang selepas kehadiran Mamardashvili. - AFP

LIVERPOOL – Legenda Liverpool, John Aldridge percaya bahawa penjaga gol kedua pasukan itu, Caoimhim Kelleher tidak akan kekal dan bakal meninggalkan Anfield musim depan.

Kehadiran penjaga gol baharu dari Valencia, Giorgi Mamardashvili pada musim panas nanti menjadi faktor utama untuk Kelleher mencari destinasi baharu kariernya kerana kesukaran mendapatkan minit permainan.

“Saya sentiasa percaya bahawa dia layak untuk beraksi sebagai pemain utama untuk pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain termasuk Manchester United, Tottenham Hotspur, Chelsea dan pasukan yang berada dalam kelompok 10 teratas.

“Jendela perpindahan lalu menyaksikan Kelleher dikaitkan dengan beberapa pasukan di Liga Kejuaraan, tetapi saya fikir dia terlalu bagus untuk bermain di liga berkenaan dan bersama pasukan-pasukan di sana.

“Dia bakal berusia 26 tahun bulan depan dan dia sepatutnya beraksi setiap minggu di EPL. Dia perlu meninggalkan Liverpool musim depan untuk menjadikan impiannya itu sebagai kenyataan.

“Apa yang dilakukan Liverpool terhadap Kelleher adalah tidak wajar. Mereka menandatangani Mamardashvili bukan untuk meletakkannya di kedudukan kedua, kelab melihat pemain itu sebagai calon pengganti Alisson.

“Keputusan itu adalah tamparan buat Kelleher dan saya percaya Liverpool akan menyesal kerana melepaskannya kerana dia dalam keadaan cukup matang untuk menjadi pemain utama pasukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI