fbpx

Dua pasukan EPL minat Pogba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA dibenarkan untuk kembali menjalani latihan bermula Januari ini dan mendapat pelepasan beraksi secara kompetitif pada Mac. - AFP

LONDON – Pemain tengah Juventus, Paul Pogba dikaitkan dengan kepulangan ke saingan Liga Perdana Inggeris selepas kontraknya bersama gergasi Serie A itu berakhir dengan persetujuan bersama.

Pogba kembali ke Turin selepas kontraknya bersama Manchester United berakhir, namun musim pertamanya berakhir dengan kekecewaan ekoran berdepan masalah kecederaan panjang dan sebaik kembali, dia didakwa dengan kes penggunaan bahan terlarang.

Kes berkenaan menyebabkan dia dihukum penggantungan selama empat tahun, tetapi dikurangkan menjadi 18 bulan dan bakal dibenarkan berlatih pada Januari tahun depan sebelum mendapat peluang beraksi bermula Mac.

Bagaimanapun, Juventus dilapor tidak lagi berminat untuk mengekalkan pemain itu dan membuat keputusan membatalkan kontraknya dengan pesetujuan bersama sekali gus Pogba mula dikaitkan dengan beberapa pasukan.

Laporan terbaharu menyebut, West Ham United dan Newcastle United sedia mengambil risiko untuk menandatangani pemain berusia 31 tahun itu dan percaya Pogba masih memiliki keistimewaan untuk membantu pasukan.

Pogba juga dilaporkan akan kembali ke United untuk menjalani sesi latihan bagi meningkatkan tahap kecergasan selepas 18 bulan tidak beraksi secara kompetitif, namun belum dapat disahkan sejauh mana kebenarannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI