fbpx

5 lagi warga asing ditahan bergaduh, bunuh lelaki Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MUAR – Lima lagi warga asing termasuk dua wanita ditahan disyaki terlibat dalam kes pergaduhan menyebabkan kematian seorang lelaki warga Myanmar di sebuah kilang di Bakri, Muar pada 12 November lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kesemua suspek ditahan di dua lokasi berasingan pada pukul 8.30 malam di Johor Bahru, 15 November lalu.

“Pihak polis telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki warga Myanmar, seorang wanita warga Myanmar dan seorang wanita warga Indonesia berusia 26 hingga 48 tahun di dua lokasi berbeza di sebuah taman perumahan di Johor Bahru.

“Kesemua suspek yang ditangkap mengaku terlibat di dalam pergaduhan melibatkan 11 warga asing sehingga menyebabkan satu kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Raiz Mukhliz berkata, polis turut merampas tiga buah telefon bimbit dan beberapa helai pakaian milik kesemua suspek untuk membantu siasatan pihak polis.

Tambahnya, kesemua suspek yang ditangkap ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI