fbpx

Sivasangari janji bangkit lebih hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVASANGARI (depan) meluahkan reaksi kecewa selepas tewas kepada Amina dalam aksi final Piala Skuasy ACE Malaysia kelmarin. - SHIDDIEQIIN ZON

BINTANG skuasy negara, S. Sivasangari menghadapi tamparan hebat di laman sendiri apabila tewas di tangan pemain muda sensasi Mesir, Amina Orfi dalam perlawanan akhir Piala Skuasy ACE Malaysia 2024 di The Curve Damansara kelmarin.

Meskipun kekecewaan jelas terpancar di wajah Sivasangari, namun pemain berusia 25 tahun itu mengambil kekalahan tersebut dengan tenang dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki diri di masa depan.

Sivasangari mengakui meskipun berjaya mendahului pada set pembukaan, namun kesilapan kecil serta kegagalan untuk mengekalkan fokus serta rentak permainan telah menyebabkannya terlepas peluang keemasan.

“Mungkin ini bukan masa saya, tetapi tahun depan boleh jadi peluang saya. Saya tetap tenang dan mencipta peluang di set keempat, tetapi set ketiga benar-benar menjadi titik penentu. Saya tidak dapat menemui permainan saya dan dia mengambil kesempatan,” katanya.

Sementara itu, Sivasangari menjelaskan biarpun dia merupakan pilihan utama kejohanan tetapi hasil akhir tidak boleh diramal selain menegaskan setiap kekalahan adalah ruang untuk belajar dan memperbaiki diri.

“Saya pemain No. 9 dunia, dia nombor 10. Tiada jaminan untuk menang, tetapi saya rasa kami memberikan perlawanan yang sengit.

“Saya akan ambil masa sehari atau dua untuk memulihkan diri dan cuba lagi. Kekalahan ini adalah peringatan untuk terus fokus dan memperbaiki diri,” tambah pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.

Biarpun kecewa sekadar muncul naib juara tetapi Sivasangari tetap berbangga dengan pencapaiannya dalam kejohanan tersebut selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga aksi final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI