fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan siasat lambakan produk besi, keluli dan plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menjalankan siasatan anti-lambakan ke atas empat produk besi dan keluli serta plastik yang berkemungkinan disebabkan oleh lebihan kapasiti daripada industri pembuatan China.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, siasatan itu selaras dengan Akta domestik dan peraturannya serta perjanjian di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)

“Menurut kajian Southeast Asia Iron and Steel Institute (SEAISI), kapasiti pembuatan besi dan keluli bagi rantau Asia Tenggara akan meningkat kepada 151.9 juta tan metrik menjelang tahun 2026 sekiranya semua projek pembuatan besi dan keluli yang baru diluluskan mula beroperasi.

“Kapasiti pada tahun 2021 adalah 75.2 juta tan metrik, bermakna kapasiti berpotensi meningkat melebihi dua kali ganda pada tahun 2026 nanti,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mengenai langkah kerajaan untuk melindungi industri tempatan daripada impak kapasiti berlebihan pembuatan China.

Chin Tong berkata, MITI juga sedang menyemak semula bertujuan menambah baik diberi kuasa di bawah Akta Duti Timbal Balas dan Anti-lambakan 1993 (Akta 504) dan dan Peraturan-peraturan Duti Timbal Balas dan Antilambakan 1994 (Peraturan 1994)

Menurut beliau, ia selaras dengan amalan perdagangan semasa di peringkat antarabangsa untuk memastikan ekosistem peraturan yang lebih kondusif supaya Malaysia menjadi hub perniagaan yang mampan.

Jelas beliau, Akta 504 dan Akta Pelindung 2006 untuk menangani amalan perdagangan yang tidak adil serta kemudaratan material yang dialami oleh pengeluar tempatan berikutan lambakan barangan import yang lebih dijual dengan harga yang jauh lebih rendah di pasaran.

Selain itu, kata beliau, pada 30 Oktober 2024, MITI melancarkan Trade Remedies Investigation Management System (TRIMA) iaitu satu platform Single Window digital yang bertujuan memodenkan penyiasatan remedi perdagangan.

“TRIMA antara lain, dapat meningkatkan kecekapan penyiasatan, selain dilihat berpotensi memendekkan tempoh siasatan berbanding tempoh statutori semasa yang mengambil masa sembilan bulan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Saifuddin, beliau berkata, isu lambakan produk pembuatan China menjadi kerisauan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan kelembapan ekonomi yang dialami negara itu khususnya dalam industri pembinaan dan harta tanah.

Kata beliau, MITI akan mengumumkan hasil laporan jawatankuasa bebas yang ditubuhkan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi

“Ia akan memberikan hala tuju untuk negara kita menghadapi isu lebihan kapasiti dalam industri besi dan keluli,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI