fbpx

Tenaga kerja, bakat STI selaras agenda pelaburan teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang (tengah) melawat pameran pada penutup Karnival Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Akhir Kebangsaan di PICC Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) kini dalam fasa menyiapkan tenaga kerja dan bakat dalam sains, teknologi dan inovasi (STI) selaras agenda kerajaan menarik pelabur dalam bidang teknologi.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, ketika ini kerajaan menumpukan kepada tenaga kerja Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkemahiran tinggi.

“Kita kini beralih daripada industri dan pelaburan intensif buruh kepada pelaburan bernilai tinggi serta berteknologi tinggi,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Minggu Sains Negara (MSN) dan Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Akhir Kebangsaan di sini, hari ini.

Katanya, selepas menyediakan bakat dan tenaga kerja mencukupi, negara tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga kerja luar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI