fbpx

Melaka tarik semula gelaran ‘Datuk’ kepada CEO GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasiruddin ketika berdepan prosiding kes di Mahkamah Selayang pada 23 Oktober lalu.

MELAKA – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam menarik semula Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd. Ali berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad berkata, penarikan balik darjah itu dibuat setelah Mohd. Ali menerima nasihat daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

“Ketua Menteri Melaka telah menasihatkan Tuan Yang Terutama untuk menarik balik Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa gelaran ‘Datuk’ diberikan kepada Nasiruddin Mohd. Ali pada 25 Ogos 2024.

“Penarikan itu berkuat kuasa serta-merta. Sehubungan dengan itu, nama Nasiruddin Mohd. Ali telah dikeluarkan dari Senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2024,” katanya dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya lagi, penarikan balik Darjah Kebesaran itu selaras dengan kuasa prerogatif Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam Perkara 34B, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Melaka.

“Oleh yang demikian, Nasiruddin Mohd. Ali tidak dibenarkan menggunapakai gelaran tersebut dan beliau dikehendaki memulangkan semula darjah kebesaran tersebut kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Melaka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI