fbpx

Mata mangsa dikorek tidak dapat diselamatkan, mungkin cacat kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian pergaduhan membabitkan dua lelaki berhampiran Flat Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor.

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan mata kiri mangsa yang dikorek lelaki warga asing dalam kejadian pergaduhan berhampiran Flat Rathina, Tasek Gelugor di sini kelmarin tidak dapat diselamatkan lagi dan kemungkinan dia mengalami cacat kekal.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, keadaan mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

“Mata mangsa tidak dapat diselamatkan lagi. Bebola matanya memang sudah terkeluar dan dia mungkin cacat kekal.

“Ketika kejadian juga mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk. Mangsa juga ada beberapa rekod jenayah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Terdahulu, Hamzah menyaksikan majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut dan Pengerusi Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Dalam majlis itu, Asisten Komisioner Abdul Rozak Mohammad menerima tugas daripada Superintendan Lee Swee Sake iaitu Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut yang sebelum ini memangku jawatan Ketua Polis Daerah itu.

Dalam pada itu katanya lagi, siasatan polis mendapati mangsa dan suspek merupakan jiran di kawasan flat di situ dan dipercayai berlaku perselisihan faham antara kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI