fbpx

Hujan lebat di Pantai Timur, Johor tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Pantai Timur dan Johor sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang dijangka terjejas di Terengganu melibatkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Di Pahang pula, amaran cuaca buruk itu melibatkan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, di negeri Johor, keadaan yang sama dijangka melanda kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Penduduk di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko banjir kilat dan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI