KUALA LUMPUR – Kelab berpangkalan di Thailand, Pattaya United melakar kejutan melangkah ke pentas finalsku kategori bawah 12 (B-12) tahun Piala Supermokh 2024 selepas menewaskan Akademi JDT, 2-1 petang tadk.
Dua gol pada babak pertama dijaringkan Supakorn Hancai dan Wuttiphat Juimuangri memastikan pertembungan final berdepan NFDP A, petang esok.
Meskipun JDT Academy cuba memburu gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti namun keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, NFDP A menewaskan NFDP B, 3-1 dan akan menentang Pattaya United dipentas akhir.
Manakala JDT Academy akan menentang NFDP B bagi penentuan tempat ketiga dan keempat. – KOSMO! ONLINE