fbpx

Tiga nyaris maut, lori langgar 11 kereta di MRR2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan melibatkan sebuah lori dan 11 kereta termasuk sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Gombak, hari ini.

GOMBAK – Dua lelaki dan seorang wanita cedera selepas sebuah lori melanggar 11 kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.09 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat kemalangan melibatkan lori lima tan yang melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal.

“Tiga mangsa berusia 43 hingga 65 tahun cedera. Mereka diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI