fbpx

Cadangan sekat pinjaman, biar PTPTN putuskan – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry

GOMBAK – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menyerahkan sepenuhnya kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melaksanakan langkah terbaik bagi membiayai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pada masa akan datang.

Menurut Zambry, pihaknya tidak boleh campur tangan dalam urusan berkenaan kerana setiap keputusan dan pandangan sudah dibincangkan berpandukan mesyuarat yang diadakan oleh PTPTN.

“Saya jamin langkah yang dilakukan PTPTN juga adalah berdasarkan perkiraan yang teliti dan tidak kejam, sebaliknya akan mengambil kira apa sahaja situasi yang dihadapi oleh pelajar.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana PTPTN akan mengeluarkan kenyataan rasmi nanti.

“Biarlah mereka mengeluarkan kenyataan berdasarkan mesyuarat yang sudah diadakan dan pandangan yang sudah diberikan melalui mesyuarat tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke 40, di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan mengenai cadangan untuk menghentikan pembiayaan PTPTN bagi kursus universiti yang merekodkan kadar bayaran balik yang rendah dan tidak menggalakkan bayaran balik dalam kalangan peminjam.

Zambry berkata, semua pihak seharusnya tidak membuat sebarang kesimpulan terlalu awal kerana puhak PTPTN melihat semua aspek bagi keputusan yang dilakukan.

Jelasnya, PTPTN sebelum ini banyak menerima cadangan daripada pelbagai pihak termasuk menyekat pinjaman bank untuk pembelian hartanah dan kenderaan serta sekatan ke luar negara.

“Mana yang baik kita ambil tetapi kita tidak mahu menjadi sebuah institusi yang kejam dan tiada perasaan, membuat tindakan tanpa ada usul periksa terhadap kedudukan peminjam,” ujar Zambry. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI