fbpx

3 hari hilang, remaja ditemui lemas tersangkut dekat akar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT Muhammad Idham ditemui hari ini selepas tiga hari operasi SAR dijalankan selepas mangsa dilaporkan lemas di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mengsudut Lama, Buloh Kasap, Segamat.

SEGAMAT – Remaja berusia 14 tahun yang hilang sejak tiga hari lalu ditemui mati lemas tersangkut pada akar pokok di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mengsudut Lama, Buloh Kasap, tengah hari tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, mayat mangsa, Muhammad Idham Abd. Kadir, 14, kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

Menurutnya, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang bermula pada 15 November lalu pada 4.30 petang ditamatkan secara rasmi pada hari ini pada pukul 2 petang berikutan penemuan mayat seorang remaja lelaki berkenaan.

“Mangsa dijumpai 450 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjantuh dan dikenal pasti sebagai Muhammad Idham Abd. Kadir, 14, ditemui ketika operasi SAR memasuki hari ketiga hari ini,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah Segamat bagi tujuan pemeriksaan serta bedah siasat dan proses pengecaman mangsa sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

Pada Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan seorang pelajar tingkatan dua dilaporkan hilang dikhuatiri lemas kira-kira pukul 6.40 petang selepas mandi-manda bersama beberapa rakan sebaya di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mengsudut Lama, Buloh Kasap, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI