fbpx

Anwar selamat tiba di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Rio de Janeiro, Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Rio de Janeiro, Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20.

Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar menerusi hantaran Facebook hari ini.

“Dalam persidangan ini, saya akan sampaikan pandangan negara terkait inisiatif untuk menangani isu kemiskinan, ketidaksetaraan, dan reformasi sistem pemerintahan global.

“Saya akan turut nyatakan hasrat Malaysia untuk memajukan kerjasama ekonomi, menggalakkan kesejahteraan dan pembangunan inklusif serta reformasi tadbir urus global,” katanya hari ini.

Selain G20, Anwar dijadual mengadakan pertemuan bersama Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva serta beberapa pemimpin negara anggota yang lain.

“Delegasi Malaysia juga akan bertemu komuniti perniagaan di Brazil. Insya-Allah, doakan semua urusan dipermudah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI