PENGACARA popular, Martha Stewart tidak berpuas hati dengan hasil dokumen mengenai dirinya yang ditayangkan menerusi platform digital, Netflix.
Bagi membalas kenyataan itu, pengarah dokumentari bertajuk Martha iaitu RJ Cutler memberitahu, pihaknya sudah membuat banyak perubahan sepanjang proses dokumentasi dihasilkan.
“Saya tahu mengenai itu dan sedar dia kecewa kerana saya tidak membuat perubahan seperti yang dia inginkan,” katanya.
Tambah Cutler, Stewart seharusnya bersifat lebih terbuka soal pembikinan dokumentari itu dan cuba berkomunikasi dengan lebih baik pada masa hadapan.
“Dia pernah menelefon untuk meminta pertolongan. Saya senang hati untuk membantu, tetapi dia perlu bersikap baik dengan saya. Stewart kemudian berkata tidak mengapa dan terus meletakkan telefon,” katanya.
Difahamkan Stewart tidak menyukai babak akhir dokumentari itu yang mempamerkan seorang wanita tua berjalan dalam keadaan bongkok.