fbpx

Warga emas tidak bernyawa jatuh perigi ketika ambil wuduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norma menunjukkan lokasi suaminya yang terjatuh ke dalam perigi di bawah rumah di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang, hari ini. Foto ROHANA ISMAIL

RANTAU PANJANG – Seorang warga emas lemas selepas terjatuh ke dalam perigi yang terletak di bawah rumahnya ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh di Kampung Tasek Bakong, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Bahrum Ismail, 64, ditemui sudah tidak bernyawa di dalam perigi sedalam hampir lima meter.

Isterinya, Norma Mohd. Nor, 60, berkata, suaminya pergi ke perigi tersebut seorang diri untuk mengambil wuduk.

Menurutnya, ketika kejadian Norma dan tiga anaknya masih tidur. Wanita itu juga memaklumkan dia tidak dikejutkan suaminya seperti kebiasaan pagi tadi.

“Anak bongsu Khairi yang terjaga terdengar suara arwah bapanya meminta tolong. Saya dan anak-anaknya mencari suara arwah di dalam rumah kerana menyangka dia terjatuh dalam bilik air.

“Kami terkejut apabila mendapati arwah terjatuh ke dalam perigi. Saya nampak dia terkapai-kapai sebelum anak-anak mencampak tali, namun arwah sudah tidak berdaya kerana kepenatan sebelum tenggelam,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Norma memberitahu, dia reda dengan pemergian suaminya yang baru keluar dari Hospital Pasir Mas tiga minggu lalu selepas ditahan di wad selama 21 hari akibat masalah jantung dan paru-paru.

“Arwah suami sudah lama tidak menoreh getah disebabkan masalah kesihatannya. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Licin selepas solat zuhur tadi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI