fbpx

Jawi ambil tindakan 59 pengunjung pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan dilakukan terhadap pengunjung puaat hiburan dalam Operasi Bersepadu Premis Berisiko yang dijalankan di sekitar ibu negara.

KUALA LUMPUR – Seramai 59 individu diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam Operasi Bersepadu Premis Berisiko yang dijalankan di sekitar ibu negara.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, operasi itu dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Jelasnya, hasil daripada risikan dan siasatan yang dijalankan di sekitar kawasan tersebut, sebanyak lima buah premis perniagaan telah diambil tindakan penguatkuasaan.

“Sebanyak dua buah premis telah dikenakan tindakan tutup serta-merta di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992 atas kesalahan mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen.

“Turut dikeluarkan adalah Notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan (lima), Notis Tawaran Kompaun (satu) serta tindakan sita (lima) terhadap premis tersebut atas pelbagai kesalahan semasa operasi,” katanya.

Tambah kenyataan itu, seramai 59 individu telah diberi Surat Perintah Hadir Memberi Keterangan di bawah Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 oleh pihak Jawi.

“Seramai 48 individu telah menjalani ujian saringan air kencing dan mendapati tiga individu positif dadah di bawah Akta Penagih Dadah 1983.

“Ketiga-tiga individu tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, DBKL menegaskan pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera di https://adukl.dbkl.gov.my/-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI