fbpx

EPL: Rundingan Man. City, Haaland terhalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND bakal menjadi pemain yang menerima pendapatan paling tinggi di EPL sekiranya bersetuju menerima syarat kontrak baharu ditawarkan City. - AFP

MANCHESTER – Manchester City dilapor sudah memulakan rundingan bersama penyerangnya, Erling Haaland mengenai kontrak baharu yang menyaksikan dia meraih pendapatan mingguan sehingga £500, 000 (RM2.82 juta).

Pihak pengurusan kelab itu percaya mereka mampu memujuk bintang Norway berkenaan untuk menandatangani kontrak baharu sekali gus menjadikannya pemain di Liga Perdana Inggeris yang menerima pendapatan paling tinggi memintas rakan sepasukannya, Kevin De Bruyne.

De Bruyne yang juga kapten City menerima pendapatan sebanyak £400,000 (RM2.25 juta) seminggu ketika ini dan rundingan antara pihak kelab dan Haaland dilaporkan berjalan dengan positif setakat ini.

Sekiranya perbincangan tersebut menemui kata sepakat, Haaland akan kekal di Etihad untuk tempoh dua tahun lagi berbanding kontrak semasanya yang akan berakhir pada 2027, namun terdapat satu halangan untuk menjadikan rundingan tersebut berjaya.

City dilaporkan tidak bersedia memasukkan terma klausa perpindahan seperti diinginkan Haaland yang ketika ini memiliki nilai pelepasan £150 juta (RM845.61 juta) dalam kontraknya bersama City.

The Citizens percaya nilai Haaland boleh melebihi angka £200 juta (RM1.127 bilion) ketika usianya mencapai 28 tahun yang dianggap umur paling matang untuk seorang penyerang selain itu juga mampu membantu menghalang minat daripada mana-mana pasukan gergasi lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI