fbpx

Janda hilang wang tinggalan arwah suami ditipu ‘love scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang balu berputih mata kehilangan wang simpanan peninggalan arwah suaminya berjumlah RM20,900 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan ‘love scam’ pada minggu lalu.

Wanita berusia 33 tahun itu yang menyedari terperdaya dengan lelaki dikenali menerusi aplikasi TikTok membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner, Azli Mohd Noor berkata, mangsa telah menekan pautan diberi suspek sebelum dimasukkan ke dalam aplikasi Google Chat kononnya untuk perkenalan lanjut.

“Mangsa yang merupakan suri rumah telah berhubung dengan suspek selama beberapa hari sebelum ditawarkan
telefon bimbit dan sejumlah duit dalam mata wang dolar Amerika Syarikat kononnya sebagai hadiah perkenalan.

“Beberapa hari kemudian, dia menerima emel kononnya memaklumkan ‘hadiah’ kiriman suspek telah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan diminta membuat pembayaran kepada sebuah syarikat kurier sebagai syarat kononnya untuk mendapatkan barangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

“Mangsa yang teruja telah menggunakan wang simpanan peninggalan arwah suaminya untuk membuat pembayaran tersebut menerusi 14 transaksi ke tujuh dalam akaun bank berbeza.

“Begitupun, mangsa tetap dituntut melakukan pembayaran lain atas pelbagai alasan tidak munasabah selepas itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI