fbpx

Pijak junior UPNM: Kertas siasatan akan dirujuk TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes pelajar tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang cedera parah di rusuk akibat dipijak senior akan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, jumlah individu dirakam keterangan masih kekal seramai 13 orang.

“Setakat ini, 13 individu diambil keterangan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada TPR,” katanya ringkas, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 13 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes seorang penuntut UPNM yang retak tulang rusuk dipercayai dipijak penuntut senior, 21 Oktober lalu.

Turut dirakam keterangan suspek penuntut tahun tiga UPNM yang didakwa memijak mangsa.

Dalam laporan yang dibuat bapa mangsa, penuntut tahun satu itu dikatakan mengalami kecederaan dalam kejadian sekitar pukul 10.45 malam, 21 Oktober lalu.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 19 tahun itu berada di tepi padang kawad sebelum dipijak pelatih tahun tiga universiti sama sehingga menyebabkan retak tulang rusuk dan tulang belakang.

Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI