fbpx

Lawatan Anwar ke Peru buka peluang eksport RM1.24 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar semasa kunjungannya di Peru, Lima. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Peru bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan diplomatik kedua-dua negara, malah membuka peluang eksport bernilai RM1.24 bilion.

Anwar menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, syarikat di Peru menunjukkan minat mendalam terhadap produk Malaysia.

Menurutnya, antaranya seperti bahan binaan berasaskan keluli dan kaca, peralatan dan perubatan, minyak sawit, bahan kimia, serta makanan dan minuman.

“Kerajaan Madani optimis dalam memastikan semua peluang pelaburan dan perdagangan ini direalisasikan dengan segera bagi manfaat bersama.

“Terkait urusan sewaktu Sidang Kemuncak APEC 2024, saya mengajak rakan-rakan pimpinan untuk menjadikan sidang ini sebagai titik perubahan untuk bangkit sebagai peneraju dalam membentuk rantau Asia Pasifik yang inklusif, inovatif, dan berdaya tahan,” katanya hari ini.

Anwar turut memberikan penghargaan kepada Kerajaan Peru atas layanan yang cukup sempurna kepada delegasi Malaysia, selain anugerah pingat ‘El Sol del Peru’ yang diterima beliau bagi pihak seluruh rakyat.

“Tidak lupa juga kepada kementerian, agensi kerajaan, pihak kedutaan serta rakan-rakan media yang bersama dalam memastikan lawatan ini berhasil,” ujarnya.

Sementara itu berakhir rencana di Lima, Peru, beliau bersama delegasi Malaysia meneruskan perjalanan ke Rio de Janeiro, Brazil bagi memenuhi undangan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI